Koperasi E-Dagang Malaysia Berhad (KEMB) ialah sebuah koperasi moden yang ditubuhkan pada tahun 2024 dengan matlamat menyatukan para usahawan, para pelabur dan para pengguna melalui model ekonomi kerjasama. Berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan beribu pejabat di Ipoh, Perak, KEMB komited untuk menjadi peneraju koperasi berbilang industri yang inovatif, telus dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
KEMB memajukan jenama tempatan melalui projek Mi Daging Asli dan Apam Balik, dengan sistem dapur berpusat serta latihan untuk usahawan baharu.
Melalui model kerjasama koperasi, ahli berpeluang menyertai pelaburan dalam perlombongan mineral dan bahan logam dengan pulangan yang telus dan laporan kewangan yang dikawal selia.
Koperasi sebagai pelabur barang kemas premium daripada batu jadeite dan batu mineral semula jadi. Produk ini bakat menggabungkan seni kraf tempatan dan kualiti antarabangsa, dan diperakui oleh pakar gemologi antarabangsa.
Produk kesihatan utama ialah minuman probiotik dengan 8 strain bakteria baik yang dapat membantu kesihatan usus dan imuniti.
Jom berkolaborasi ke arah pertumbuhan ekonomi koperasi
yang mampan.